Posts

Showing posts from 2011

Review pelamin nikah

Image
Assalammualaikum semua rakan blogger, Hari ni hani nak review pasal pelamin nikah. Sebenarnya ikut perancangan, hani akan nikah di rumah. So, mestilah nak ada pelamin nikah kan *ngada*...seperti yang hani pernah cerita di post ini , last minit kena nikah di surau, akhirnya punah harapan. Kalau tak dah terbayang2 masa nikah dok atas pelamin tu...uuuuwwwaaaa... nak buat camne kan...redha jer la..nampaknya pelamin nikah tu hanya digunakan untuk posing jer la nanti...huhu Lepas habis majlis nikah di surau, balik ke rumah...baru buat ulang tayang upacara pembatalan air sembahyang. Sebelum ni dah buat kat surau, memandang keluarga pihak lelaki nak balik awal, maklum la..masa tu pun dah pukul 10 lebih malam, kesian dekat budak2. Lepas makan2, keluarga en suami terus balik. En suami je yang balik lambat sikit sebab nak posing sakan hehe. Ekceli, pelamin nikah ni hani tak tau macam mana designnya. Tak pilih pun. Hani serahkan sepenuhnya pada Kak Akma. Hani nak yang simple jer. Alhamduli

Back to normal :-(

Assalammualaikum semua, Lamanya tak update blog. Semalam (14/12/2011) baru masuk kerja setelah hampir 3 minggu bercuti. Memang lemauuuuu....penat sangat sebab baru smpai dari Ipoh jam 7 malam, kemudian pergi ke rumah kakak ipar di Sg Buloh. Pukul 12.30  mlm baru sampai rumah semula. Pukul 1 lebih baru tido dan keesokkan harinya....sangat2 la mengantuk di opis. Sampai tersengguk depan pc...huhuhu  Nak review psl wedding pun masih xde mood dan idea.  Harap kawan2 dapat bersabar yer....hehehe Babai.

Majlis Nikah ~02 Dis 2011~

Image
Assalammualaikum semua, Ok, kali ni baru ada mood untuk cerita pasal wedding. Hani mulakan dengan majlis pernikahan dulu. Mengikut perancangan, sepatutnya hani akan nikah di rumah. Mengikut tok kadi, jika ada pasangan pengantin yang lain yang nikah pada hari dan waktu yang sama, baru tok kadi suruh nikah di surau yang berdekatan. Jika hani seorang sahaja, akan nikah di rumah. Seminggu sebelum majlis nikah, hani tak terima panggilan pun dari tok kadi. So, ingatkan confirmlah nikah di rumah. Sebab tok kadi ada beritahu, jika nikah di surau..beliau akan beritahu. 2 hari sebelum majlis, abah dapat berita dari kawannya yang beritahu tok kadi eksiden. Ada pasangan sebelum tu, terpaksa guna tok kadi yang lain. Adooiiii....dugaan betul...Tapi tok kadi masih tak call beritahu apa2 sehinggalah pada  hari jumaat. Hani minta abah call tok kadi. Rupanya hani kena tumpang tok kadi yang lain. Abah minta tok kadi ganti tu dtg ke rumah, tapi dia kata tak boleh sebab ada lagi pasangan pengantin yan

~Album Pre Wedding sudah siap~

Image
Assalammualaikum semua. Sekarang ni agak slow untuk update blog.  Memandangkan en suami takde sebab dah balik ke kampung untuk setelkan apa2 yang patut untuk majlis bertandang nanti, ada la masa untuk update blog hehehe. Ok, kali ni tak nak cerita lagi pasal wedding, tapi nak cerita pasal pre wedding photoshoot. Sebelum ni, hani pernah cerita di post ini  dan ini . Dah dapat album pre wedding kami. OP siapkan dan bawa masa hari nikah seperti yang dijanjikan. Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, pre wedding ini adalah percuma (termasuk album) jika kita ambil pakej bertunang+akad nikah+majlis bersanding dengan Extrumedia.com . Untung kan. Walaupun muka dah terbakar dek kerana berpanas di tengah2 ladang, tapi hasilnya sangat memuaskan. I LIKE !!!! muka depan album jenis kaca Jomsss....kita layan gambar :-) Lokasi pertama: Ladang UPM Serdang                                    Lokasi: Kawasan lalang di Pullman, Putrajaya                     Lokasi: Jamba

~Aku Terima Nikahnya~

Image
~02 Dis 2011~ Alhamdulillah, kami sudah bergelar suami isteri yang sah.  Banyak peristiwa dan dugaan yang berlaku. Nanti hani review satu persatu yer... Enjoy gambar ni dulu. Bye.

Henna by NedHenna

Image
Pagi ni, sesi pemakaian henna...dari Nadia Khalid yang import dari KL hehe. 1st time customer Nad dari Ipoh. Selalu Nad berinai di kaw KL & Selangor jer. Tak pun paling jauh Seremban. Kat Ipoh ni susah la nak cari, tak sure kat mana ada. Di bandar Ipoh tu memang ada, kena pergi Little India. Tapi tak sure ada yang boleh datang rumah ke tak. Malas nak pikir, hani booked jer dengan Nad ni. Cuma ada charge transport la kan. Tak per lah, janji hani senang. Tunggu jer di rumah. Nad sampai awal setengah jam dari waktu yang dijanjikan. Janji pukul 9 pagi, 8.30 dah sampai. Kejap je Nad pakaikan. Dalam setengah jam jer. Hani ambil corak yang simple jer. Ambil fullpackage dari tangan sampai kaki. Banyak package yang boleh kita pilih, means nak buat kat tangan je pun bole, so harga lagi murah la.  Hani memang tak pernah pakai henna ni, sangat2 la teringin. Hani pakai untuk kahwin jer, lepas ni tak pakai dah kot. So far, puas hati dengan hasilnya. Cuma corak bunga di tapak tangan comot sedik

Centerpieces

Image
Pukul 12 tengah malam, gigih siapkan centerpieces utk meja tetamu nanti. Last minit buat, last minit idea...sangat la comot rasanya. Buat sorang-sorang pulak tu, sampai sakit pinggang duduk lama-lama. Untuk centerpieces ni, hani guna bahan yang sedia ada jer dan ada juga yang dah beli lama. Bujet dah takde huhuhu. Nak beli bunga pun dah rasa macam tak mampu dah. So, kita kitar semula. Kan bagus amalkan kitar semula hehe. Simple je...tapi rasa puas hati dengan hasil tangan sendiri  Bahan-bahan: 1. Doily paper - beli di sini 2. Bunga recycle - masa hantaran bertunang. 3. Bekas kaca kecil - lebihan doorgift VIP 4. Batu kecil - beli di KK Home Deco, murah jer...sepeket RM2, beli 3 peket 5. Buluh sate 6. Riben - balance masa bertunang                   Print TQ tag, lepas tu tampal di atas doily paper. Kemudian letakkan buluh sate tu. Senang kan. letak batu-batu kecil....bagi nampak menarik sikit...konon la !! dari bekas hantaran ni la bunga2 tu dicabut ^_^ Baru sia