Posts

Showing posts from November, 2011

Signage

Image
Malam ni siapkan signage. Tgh nak print signage, ink pulak habis.....adooiii saje je kan printer ni... Tergendala keje. Ingat esok nak g laminate. Signage simple jer, buat dalam word.  Nanti klu nampak signage ni, just follow jer...insyaallah sampailah ke rumah hani nanti. *gambar kartun sy amik di google....minta maaf kepada tuan punya gmbar...pinjam eh..tq^_^

Dugaan...pelbagai dugaan !!!

Orang cakap, bila nak buat benda baik...macam-macam dugaan datang. Bila diri sendiri melaluinya, hanya KESABARAN yang menjadi penguat semangat. Banyaknya dugaan yang datang, hati rasa bosan, kecewa dan nak marah jer.  Ya Allah, kuatkan imanku....sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan yang direjam. Entahlah, kadang-kadang tak tahu nak luahkan pada siapa. Takkan ada seorang pun yang akan memahami apa yang kita rasa. Kadang-kadang perkara yang akan menggembirakan kita, ia juga akan membuatkan kita sedih. Banyak....terlalu banyak. Biarlah diri sendiri yang melaluinya, biarlah hati ini yang menahan segala kesedihan. Semoga hati ini terus TABAH.

Doorgift majlis nikah

Image
Doorgift untuk majlis pernikahan jumaat ni. Isi dalam akan diletakkan surah yassin + cupcake. Kuantiti cuma 100pcs beg jer. Ada lebihan beg 50pcs lagi yang kosong sebab hani beli beg ni 150 pcs. Cadang nak bagi pada rakan2 yang datang masa majlis keesokkan harinya. Sape cepat dia dapat....ada 50 je lagi. Kalau lambat, dapat kotak beg yang biasa jer...hehehe

Handbouquet kristal

Image
Bunga tangan kristal untuk majlis akad nikah nanti. Tempah di Ribbons Craf dengan harga RM100. Tapi tak pasti harga sekarang berapa. Sebab masa tempah masih harga promosi. Boleh request colour mengikut kehendak pelanggan. Hani request colour merah+pink. Tapi pink tu nak sikit jer, sebab nak bagi lagi menyerlah dengan colour merah. Nanti hani post gambar pegang bunga tangan kristal ni lepas habis majlis nanti yer....

Operasi cat bilik pengantin

Image
Bilik pengantin ni dicat pada hari raya haji yang lepas. Sejak dok rumah ni, tak pernah berganti cat. Dinding pun dah ada rekahan cat dah. Memang kena cat baru. Bilik ni memang kosong, tak digunakan. Kalau hani balik jer baru guna bailik ni. Lagipun nanti tema warna hijau, so wedding planner suh bilik dicat dengan warna krim.  Nasib baik ada lebihan cat yang diguna masa cat rumah hani di Bukit Serdang tu. Jimat, tak payah beli yang baru. ICI DULUX - Light & Space Colour: Creamy in progress....... beberapa part di gambar perlu di 'padam'......hehe Ni la pekerja indon yang cat kan bilik tu...uuuwaaaaa....pengantin kena cat bilik sendiri okeh !!!! siap panjat tangga nak cat di bahagian atas....Multitasking betul la bakal pengantin ni...(dah takde orang nak tolong cat....:-(

Tudung+Veil Nikah

Image
Sebelum balik ke Ipoh, hani singgah ke rumah Puan Vispera untuk ambil tudung & veil nikah yg ditempah. Koleksi Vispera amatlah terkenal di kalangan B2B kan...Puan Vispera ni namanya Kak Hawa. Sangat baik dan peramah. Tak berkira sangat. Hani dah booked awal lagi, masa tu dalam bulan 8. Just bagi nama, takut tempahan dah penuh. Hani buat temujanji akhir bulan Nov. Kami jumpa di Jusco Tmn Maluri. Pn Vispera akan bawa contoh tudung awning supaya kita dapat pilih yang bersesuaian yang dengan muka kita. Masa tu kitaorg g toilet utk cuba tudung. Kalau nak tempah, bawa siap-siap cebisan kain yer. Hani pula tak bawa cebisan kain, kebetulan masa tu baru lepas ambil baju nikah, so hani bagi jer la kain nikah tu utk puan vispera buat contoh kain supaya sama dengan baju. Tudung: chiffon awning Veil: chiffon  Suka sgt dengan tudung ni. Selesa. Puan Vispera letakkan batu swaroski di atas veil. Nak bagi match dengan baju. Hani ada beli batu swaroski jenis kecil ni di Jalan TAR, harganya

Teaser Baju Nikah

Image
Salam my luvly reader n silent reader... Alhamdulillah, skrg ni hani telah berada di kampung. Byk keje yang menanti. Apapun, update blog dulu sebelum memulakan keje esok. Nanti kalau dah buat keje, takde masa nak update blog kan... Konon nak teaser baju nikah...tunjuk terus je la kan....xyah teaser2 hehe... Cerita pasal baju nikah ni  ada di sini  dan  sini . Hani buat baju kurung moden +leher cekak musang. Jenis kain: satin+net+kain batu swaroski (1 set)                       Batu swaroski di bahagian bawah baju. Sebenarnya hani nak tailor tu letakkan batu di bahagian dada, tapi tailor buat di bawah baju pulak. Silap hani juga, tak bagitau secara detail. Redha jer la. (dalam hati meronta-ronta rasa macam nak buka jer balik....huhuhu) bahagian bawah kain. Beading manik ni hani minta tambah pada bahagian bawah kain, sebab kain tu nampak mcm kosong je kan, kena tambah RM200. Kalau tak upah RM300 jer..Bila dah balik rumah, rasa menyesal lak suruh tambah...adooiiiii menyesa

Wordless Wednesday #last day

Image
Hari ni last day kerja...esok dah mula bercuti panjang dari 24 Nov - 13 Dis 2011 Mood hari ni sangat LEMAUUUU..... Jasad di tempat kerja, fikiran dan perasaan dah sampai ke kampung... Banyak kerja menanti di sana.... Esok akan pulang ke kampung, kereta dah tentu sarat dgn pelbagai barang. Doakan segala urusan saya dipermudahkan olehNya...amin

Guestbook siap

Image
Guestbook hani hantar binding di area UKM. Murah juga sebab tempat student kan. Hani buat binding hard cover RM20 je. Teringat masa hantar tesis yang menyakitkan kepala otak di sini. Ayat di bawah tu hani  nak diletakkan di bawah sikit sebab tengah2 tu nak letak gambar. Tapi ke atas la pulak orang tu buat, ada space sikit jer. Guestbook ni hani tak sempat nak hias lagi, kosong je kan. Tak cantik lansung. Tengok la kalau rajin dan sempat nak hias. Kalau tau, biar jer la kosong....huhuhu   Isi kandungan dalam guestbook ada ni : konon nak bagi lain sikit, letak la kertas transparent macam kertas minyak tu...menyebabkan kedutan bila dah binding *tak sesuai okeh ruangan untuk Photographer kami...siap letak logo rasmi lagi hehe pembuka kata dengan ucapan pantun *ciplak pantun dari blog b2b...tp xingat sape..ampun yaa penghujung kata...."Thank You For Sharing Our Special Day" *nampak tak kedutan tu....lain kali guna je kertas pink A4 biasa tu... Nan

Kasut Majlis Bertandang

Image
Semalam (Ahad 20/11/11) hani & adik pergi mencari kasut untuk dipakai semasa majlis bertandang nanti. Last minit punya kasut huhu. Nak cari kasut warna putih sebab baju dah warna maroon kan. Cari di Sogo tapi tak de yang berkenan. Lepas tu, terus ke Times Square sebab di sana memang banyak pilihan kasut warna putih. Survey punya survey, akhirnya jumpa kasut yang murah dan cantik. Harga RM59.90. Murah kan. Tapi takde jenama la. Tak kisah la takde jenama pun, nak pakai kejap jer.... Di Times Square memang banyak pilihan kasut untuk pengantin. Harga antara RM70-100. Cuma kedai yang hani jumpa jer murah sikit harganya. Maybe sebab kedai tu tersorok sikit dari kedai-kedai yang lain.      Pandangan sisi    Pandangan atas ada brooch besar di bahagian depan ada batu-batu berkilat di tumit kasut Suka sangat dengan kasut ni. Dapat juga cari kasut yang masih dalam bujet. Yang penting murah dan cantik kan...(cantik ke??? xkisah la, pada hani cantik jer hehehe)

Day 2 in Seoul

Image
jom sambung post trip ke korea hari tu...post day 1 di sini  20/4/2011 Lepas solat subuh, hani dan k.ros bersiap utk berjalan sekitar bandar seoul. Waktu di Seoul adalah 1 jam lebih cepat dari M'sia. Klu di sini pukul 8 pagi, di Seoul pula pukul 9 pagi. Korea sgt susah nak cari makanan halal. Memang ada yg halal tapi agak mahal bila dah convert dgn duit kita. Lagi satu, susah juga klu setiap kali nak makan kita nak ke tempat yg sama je kan. Dah la jauh. Oleh itu, kitaorg dah bw macam2 makanan dari Msia. Antaranya: -beras (siap bw periuk nasi comel tau) -serunding -sardin -sambal ikan bilis (masak sendiri) -kari ikan (tin) -kurma daging (peket) -kari ayam (tin) -roti, biskut -gula,garam haaa...macam nak g berkelah jer kan...hahaha..mmg cukup bekalan kitaorg utk tempoh 7 hari. Tak pe la susah skit nak bawa semua brg tu, janji bab mkn senang nanti hehehe..rasanya 2 hari jer kitaorg makan kat luar, yang lain semua bawa bekal. Ada juga misi kitaorg mencari makanan k