Posts

Showing posts from August, 2013

Pureen Clearance Sale 24-25 Ogos 2013

Image
Macam biasa, kalau ada Pureen Clearance Sale ni mesti nak pegi. Bulan 4 hari tu terlepas pulak sebab ada percutiaan keluarga. Kali ni pulak tak dapat pegi hari Sabtu sebab ada family day ofis di Sunway Lagoon. Nampaknya kena pergi hari Ahad. Kali ni merupakan kali ke-3 pegi sini, macam biasalah kalau dah pergi hari Ahad pilihan baju dah tak banyak. Tapi tobat nak pegi pepagi Sabtu...dah pernah merasa sekali [post sini]. Masa dah mengandungkan awliya dalam 6 bulan lebih. Rasa macam nak terberanak kat situ je bila dok kena tolak ngan mak ngan bapak-bapak semua yang tak sabar nak berebut nak amik baju. So, kali ke-2 aku pegi ari ahad je. Target kali ni nak cari baju Awliya. Dah lama tak beli baju pakai rumah. Asik beli baju jenjalan je sampai baju pakai di rumah banyak dah ketat-ketat [cepat membesar bebudak ni kan] Keluar rumah, breakfeast dulu dan sampai di sana pukul 11.00 pagi. Ingatkan nak sampai awal, tapi disebabkan masing-masing kepenatan berendam di Sunway semalam,

Ho Chi Minh lagi...(Part III)

Image
Ho Chi Minh lagi (part I) Ho Chi Minh lagi (part II) fuhhh...berkurun nak abiskan post psl vietnam ni... ni pun sebab ada yang email minta sambungan - seperti yang aku janjikan la terpaksa juga abiskan post yang terakhir ni.... Kali ni aku nak cite pasal penggunaan mata wang di Vietnam. Kali pertama aku g sana, aku banyak tukar duit Dong dan sedikit sahaja duit USD. Yang selebihnya bawa RM (untuk spare) Tapi masa membeli barang, bila dicomparekan ketiga2 mata wang, menggunakan USD adalah lebih murah sedikit berbanding dengan matawang RM dan Dong. Beza dlam RM2-RM3 juga. Kalau beli banyak, kan dah rugi. Memandangkan Dong dah terlebih-lebih....terpaksa la juga gunakan walaupun agak rugi. Masa tu nyesal lak tak tukar duit USD banyak2. Kali ni aku pegi, aku hanya bawa 1 juta Dong sahaja = RM 150. USD bawa banyak juga [ikut pengalaman yang lepas] Tapi kan...rupanya kali ni lebih mudah menggunakan RM. Ye, lebih murah berbanding Dong dan USD. Mungkin penggunaan RM dan mel

Contest baby ceria, dpt saguhati....alhamdulillah

Image
 Hari tu sesaje buka blog safiyya ... Tak ingat lansung pasal contest yang masuk hari tu... Tup..tup...tengok dah ada result. Alhamdulillah....dapat hadiah saguhati... Hehe...hani ni jarang masuk apa-apa contest.. Pastu kalau masuk contest pun nak yang senang-senang je... Kalau ada slogan bagai tu semua, kompem malas... Sebab tak kreatip nak buat slogan tu semua. Pastu kalau masuk contest pun, selalu tak de rezeki. Kali ni rezeki untuk awliya... Eh..memang rezeki dia pun kan..dah nama 'contest baby ceria'. Nasib baik piya buat contest yang mudah jer, cepat je hani nak join. [ post ni ] Walaupun tak menang hadiah pertama [sob...sob] Jadilah dapat saguhati kan.. Dari 200 peserta, 8 terpilih untuk saguhati, bertuahhhh weeeiiii.... Dapatlah hadiah 1pcs toy... Yeeaaayyy, mama pun dah lama tak belikan awliya toy Tak sabar tunggu hadiah dah ni...ngeh ngeh TQ so much piya Nanti wat la contest best2 lagi ekkk....^_^

Raya 2013

Image
Assalammualaikum semua, Baru berkesempatan nak hapdet blog. Maklum la, masa raya mana nak sempat kan. Rasanya masih belum terlambat hani nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni - eh, ada ke?? harap-harap ada la kan. Maaf zahir dan batin andai ada penulisan di blog ini yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Tema raya tahun ni kaler marron/hitam. Baju si ayah dan si anak dara dah ready.  Baju si mama pulak masih takde. Malam rasa baru terhegeh-hegeh cari baju jubah kaler marron. Nak pakai baju kurung dah tak muat kan....terpaksa la cari jubah. Nasib baik jumpa juga dan harga pun murah. Tak boleh beli mahal-mahal sebab lepas ni baju jubah ni tak boleh pakai dah, sebab beli saiz besar..tunggu pregnant lagi baru boleh pakai ngeh..ngeh... Keluarga kecil kami. Insha allah, tahun depan beraya berempat pula. Susah betul nak suh pandang kamera anak dara ni. Saje nak sabotaj gambar mama ngan ayah yang dah control cun tu tauuuu......

Pureen Stock Clearance Sale 24-25 Ogos 2013

Image
Yang ditunggu telah tiba.... Masa bulan 4 ari tu terlepas sale ni sebab masa tu pergi bercuti bersama family. Kali ni pulak tak dapat nak pergi hari Sabtu sebab ada family day ofis di Sunway Lagoon. Nampaknya terpaksa la pergi hari ahad. Biasalah, kalau pergi hari Ahad....pilihan dah tak banyak kan. Banyak benda hani nak beli kali ni. Barang-barang keperluan awliya macam sabun, wet tissue, sabun botol Paling utama nak cari baju belasahan awliya, baju yang dipakai di rumah. Banyak baju anak dara tu dah sendat-sendat. Dah lama mama tak belikan baju die, kalau beli pun asik baju jenjalan jerrrr... Sampaikan terlupa baju yang nak pakai di rumah. Baju untuk baby pun nak belikan skit. Tambahan je. Nak la juga ada baju baru kan. Takkan semua nak pakai baju kakak awliya kan. Cian baby lak. Eh...klu dapat baby boy, memang banyak yang kena beli baru ni huhu... So kenkawan, jangan lupa terjah....meh kita menyesakkan lagi keadaan di sana ngeh2

biskut raya pertama

Image
Tahun ni terlebih rajin nak buat biskut raya sendiri. Siyes dah lama tak buat sendiri. Dulu masa kecik-kecik je rajin tolong mak buat. Bila dah start keje, memang tak sempat nak buat dah. Main beli je semua, kadang-kadang cecah ratusan ringgit ngeh2x Gagahkan juga diri tahun ni, tah nape rasa rajin sangat - ala...buat 1 jenis biskut pun dah nak kata rajin kehkeh... Orang lain buat biskut berbalang-balang rileks je... Raya tahun ni beli 3-4 jenis je biskut raya. Kata semangat nak buat sendiri kan... Kali ni baru pertama kali buat biskut tanpa bantuan sesiapa, hanya tengok resepi... Dan semestinya cubaan yang pertama mestilah biskut kegemaran iaitu MAZOLA. Punya la semangat nak membeli bahan-bahan. Dalam kepala macam-macam nak buat biskut mazola, choc cookies, biskut cornflakes, kek batik, popia gunting  [pilih menu yang senang nak buat je] Ni pun buat masa cuti hari minggu, tengah-tengah malam time anak dara tu tido. Kalau tak, jangan harap la dapat buat dengan tenan

persiapan raya utk princess awliya

Image
Hari sabtu yang lepas, last shooping raya untuk baju princess Pergi ke Jusco Taman Equine je, dekat dengan rumah. Raya kali ni tak banyak nak membeli baju awliya, sebab dulu masa awliya masih kecik 5-6 bulan, hani selalu belikan dia baju yang saiz untuk setahun.  Gaun kembang memang banyak. So memang tak pakai lagi la...tak sangka sekarang ni dah muat semua baju-baju tu. Dulu rasa macam besar je baju tu.  Selain tu, ada juga hani belikan baju awliya masa pergi ke vietnam hari tu. Banyak dah jimat di situ. So, misi kali ni nak beli kasut dan juga beberapa helai t-shirt dan seluar jeans. Dapat la sambar 2 pasang kasut - kasut mama pun sepasang je tau Baju si ayah, recycle je baju melayu masa majlis bertandang dulu. Baru sekali tu je pakai pong... Baju mama....hukhukhuk....belum cari lagi... Payah ooo nak cari baju masa tengah peknen ni... Nak2 kaler lak yang jenis tak banyak.. Bukan tak de baju baru....dah prepare beli baju kurung chiffon manik masa

check up 26w

2 ogos 2013 Checkup kali ke 4 Hari ni kena jumpa doc utk scan Sepatutnya last month, tapi memandangkan masa tu org terlalu ramai dekat KK, terus doc terpaksa cancelkan utk scan. Alhamdulillah, baby dalam keadaan sihat. Masa scan tak sabar nak tanya doc, boleh tau gender tak. Doc kata tak dapat bgtau jantina sebab kaki baby tertutup rapat... Iiisshh...baby malu nk tunjuk yerrr...saje nak buat suprise ek.. Tak pelah, pas raya nti mama plan nak buat scan 3D 4D mcm kakak awliya dulu...in shaa allah. So, result hari ni: Berat: 60.2 kg -bulan lepas 61.4kg. Selalu tiap2 bulan naik 1 kg, tp kali ni turun 1 kg dr bulan lepas..mybe sebab puasa kan. HB: 12.6 - alhamdulillah semakin meningkat dr bulan lepas. Tekanan darah: 126/59 Next check ip 3/9 nanti...semoga dipermudahkan semuannya...Amin Nampaknya tahun ni punah harapan nak puasa penuh.... Last week demam dan sakit kepala yang teramat, sampai rasa nak pitam kat ofis. Dapat mc 2 hari, dan doc nasihatkan supaya buka puasa