Posts

Showing posts from January, 2015

nak ber'freemie' jugak

Image
bila memula freemie ni keluar dalam pasaran, tertanya-tanya apa benda la ni...tapi bila dah tau, eh..mcm best jer...eh mcm senang jewww.... bila tengok harga...mak aihhh mahalnyaaaa.. takpelah, usha-usha je...bukan penting sangat pong kan... lepas tu, seminggu dapat email dari littlewhiz bagitau ada cyber sale .... aku kan meroyan sikit bila ada benda sale niiii  bila buka page littlewhiz tengok harga freemie...eh RM292.50 jeww biasanya harga mesti RM300 ke atas sekali klik...klik...eh... terrrrrbeli la pulakkkk..:-p rasa nak lempang diri sendiri miahmiah... bila dah beli....siap meracun kekawan yang lain suh beli jugaaaa.... haha....jahat takkk !!!! cyber sale ni berlansung selama 3 hari je dari 27/1 sehingga 29/1 dan pembelian secara online sahaja...tak boleh beli walk in sebab kedai ditutup kerana littlewhiz nak memberi laluan kepada cyber sale. servis dekat littlewhiz memang cepattt....aku order petang semalam, dapat email kata dah pos dan dijangka barang sampai s

breastpump yang ke-3

Image
dah beberapa hari medela fs aku dah tak berfungsi dengan baik... suction dah tak kuat, sedangkan aku baru je ganti spare kit dan tubing yang baru. spare kit ni pulak aku ganti untuk kali kedua.. sebelum ni suction tak berapa kuat sebab membran kuning ni dah tak elok. salah aku juga sebab di ofis selalu biarkan lama, kira lepas pam aku tak terus basuh. nak guna semula baru basuh - pemalas kannn sebab tu lama-lama membran tu macam ada saki baki susu yang dah tak boleh hilang menyebabkan suction tak kuat. bila dah ganti yang baru, aku tukar sekali tubing sebab sejak beli aku tak pernah tukar tubing lagi. nampak macam dah kotor sikit. Fuhhh....banyak juga kos tu. RM200 juga melayang... lepas tu baru aku jaga betul-betul jaga, lepas guna terus basuh takde dah nak simpan lama-lama dalam peti sejuk.  spare kit   tubing Lepas tu masalah bateri pula. Tak boleh charge sebab dah longgar. Maybe sebab pernah terjatuh or terhentak sikit. Sensitif sikit kan fs ni. Tapi tak p

poskad dari Thailand

Image
3 hari lepas buka peti surat, sekali nampk ada poskad. dapat jangka dari gerangan sape kan... sape lagi kalau bukan dari kaki travel Kak JM Kak JM pos direct dari Loei, Thailand. terima kasih kak, ingat juga dekat saya :-) tak dapat pegi travel, dapat poskad dah suka tauuu.... semoga bertambah murah rezeki kak JM. Kandungan poskad tu tertulis begini: As salam Hani, Bila agaknya kita ada peluang travel sama-sama lagi kan. Trip akak kali ni Bangkok-Korat-Udon Thani-Loei-Petchaburi-Bangkok. Seronoknnya kan...                                   Rinduuuuuuu sangaattttt sebenarnya nak travel sesama. Kadang-kadang tengok balik gambar masa travel dulu-dulu. Beijing, Korea, Vietnam, Perth, Singapore....... Kenangan betul....:-)   Insha Allah, ada rezeki nak join akak travel.... Ada rezeki masa dan bujet... Seronok baca entry akak ke sana la....ke sini la.... ai is jelessss hahahaha Yang minat travel tu, uolss bolehlah terjah blog Kak JM [ Link ] Banyakkkk sangatttt

Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Image

homeschooling: kelas mewarna guna watercolour

Image
dah lama tak buat aktiviti dengan anak-anak. dah balik keje, mama dengan ayah dah penat... hari cuti pulak dah penat berniaga kan... takde mood nak buat apa-apa aktiviti kadang-kadang biarkan je anak main mainan mereka sendiri alahaiiii....kesian dekat anak-anak, takde aktiviti menarik jadi, si mama pun gigih mencari idea nak buat aktiviti apa.. terus dapat idea nak buat aktiviti mewarna guna watercolour gigih pegi belikan watercolour dekat kedai stationery, tak jauh dari opis aku pun beli kaler jenama BUNCHO berharga RM16.50 tertiba teringat zaman sekolah.....guna watercolour masa zaman sekolah je.. ada yang water colour yang lebih murah, comel-comel siap ada gambar kartun tapi aku beli  BUNCHO ni sebab disahkan selamat digunakan untuk kanak-kanak [ada tertulis di atas kotak] dah la masa beli kaler tu boleh lak tersilap nak beli watercolour boleh lak terbeli crayon dah balik umah baru perasan, esoknya pegi tukar...nasib tak buka bungkusan plastik lagi gambar thomas

dapat hadiah giveaway Naza Isma :-)

Image
alhamdulillah dapat voucher RM20 dari Naza Isma sebab join GA beliau [ LINK ] aku ni jarang nak join GA, kalau join pun nak cari yang senang jeww....ngeh2x pemalas kannn !!!! dan kebetulan GA Naza Isma ni berkenaan entry pengalaman ke Perth... haaaa....kebetulan memang dah ada entry tu kan... apa lagi, cepat-cepat la aku join....walaupun entry tu belum siap sepenuhnya haha. sebenarnya ni kali kedua aku join GA Naza Isma ni.. kali pertama dulu lama dahhhhh... dan masa tu dapat menang gak.... kiranya memang rezeki aku la kalau join GA Naza Isma ni... tak sabar lak nak join GA lagi... eh...uols boleh la jenguk-jenguk blog Naza Isma ni [ LINK ] dia selalu gak buat GA tauuu... mana tau next time rezeki uolss pulak kan... lepas ni boleh pergi Popular beli buku untuk si kakak awliya kebetulan memang aku pun ahli Popular :-) haruslahhh rajin terjah kann....

tips menabung

Image
selalunya buat entry shopping sana...shopping sini warehouse sana sini....haha kali ni entry menginsafkan diri pulak... ni salah satu azam baru tahun 2015... kononnya nak menabung secara kecil-kecilan... [eh....ada ke ayat tu :-) ] buat permulaan ni, aku simpan si hijau dan si oren dulu letak dalam bekas dan label kan tujuan penyimpanan tu hopefully aku disiplin dan istiqamah dalam misi penyimpanan ni...hewhew kurangkan shopping....kurangkan makan diluar.... kurangkan apa-apa yang tak perlu. memandangkan GST pun akan bermula tahun ni...nilai barang dan perkhidmatan akan jadi mahal kannnn..... dengan nilai ringgit yang jatuh lagiiii... takde apa yang kita boleh buat melainkan cari pendapatan lebih atau kurangkan perbelanjaan. huuuu....cakap macam pakar ekonomi gitewwww bab kata pepatah....sikit-sikit, lama-lama jadi bukit ni aku simpan dalam 2 minggu.... cara macam ni sesuai untuk simpan dalam jangka masa pendek contohnya macam kita nak pergi bercuti hujung ta

shopping di LAZADA

Image
banyak kali buka page LAZADA ni, tapi tak pernah membeli. so, new year kan ada sale...tangan ni pun gatal la buka page LAZADA lagi. terus je klik item yang dalam wishlist haha bujet macam banyak duit je time beli tu.... abis la ko hani makan biskut kering lepas shopping!! pengalaman shooping dekat LAZADA ni, pada aku servis diaorang ok. penghantaran cepat. diaorang pulak sentiasa update status barang melalui email. contohnya bila barang tu ready untuk dipos. bila barang dah sampai pun diaorang akan update dalam email kita menyatakan kesemua barang telah dibuat penghantaran. boleh cash on delivery juga, tapi ada juga sesetengah item yang tak boleh cod. ni barang dalam wishlist aku...hehe letak dalam wishlist sebab masa tu belum gaji kan. sekarang baru dapat grab semua wishlist aku....hoooreyyy! Digital Body Weight, Fat, Water, Mass & Density Scale RM50 kat rumah ada je penimbang, tapi yang manual tu je la...yang jarum gerak...tu pun angkut dari rumah mak

dah terjebak dengan CAR BOOT SALE

Image
dah sebulan lebih rasanya tak update apa-apa dalam blog ni. banyak sebenarnya nak share.... hari-hari buka blog, hari-hari blogwalking...tapi bila nak menulis jadi blur yang amat. sebab dah lama tak menuliskan. aku busy sangat sejak akhir-akhir ni [ceh...konon!!!] sebab aku ada aktiviti baru setiap minggu hehe... inilah aktiviti setiap hari ahad aku dan en asben....eh termasuk anak-anak sekali hehe.. kena la bawa anak-anak kan, sape lak nak tolong jagakan...huhu dah sebulan lebih aku terjebak dalam car boot sale ni.   kali pertama kami join cbs lembah keramat ni di AU5. ceritanya begini, kawan ofis memang dah lama join cbs ni. Kebetulan masa tu dia sewa 2 tapak, tapi nak cancel 1 tapak tu. masa tu dia hanya bercerita je pada aku.... terus aku rasa berminat nak try... sebelum ni pernah nak try tapi tak tahu camne kan... so bila ada kawan ni, rasa ok la skit kot. balik rumah, aku terus cakap dengan asben, dan dia setuju. lepas tu terus geledah stor cari baran