Posts

Showing posts from February, 2015

1st giveaway tinggal sehari lagiiii.....

Image
hai korang.... alhamdulillah, 1st giveaway mendapat sambutan yang menggalakkan. tak sangka juga, ingatkan takde orang nak join :) maklumlah, blog hani bukanlah glamer sangat kan...hehe 1st giveaway tinggal SEHARI je lagi.... yang mana belum join....cepat2 join k! mana tau rezeki korang, boleh dapat hadiah Kinetic Sand kan... yang mana terlepas entry hani yang lepas, boleh refer sini untuk tengok cara-cara nak join. jommm kita meriahkan giveaway ni.... luv u all.....

Peluang memiliki hartanah di Selangor

Image
Kepada yang berminat untuk memiliki rumah di negeri Selangor dan telah melepasi syarat2 yang ditetapkan, bolehlah try apply kan...mana tau ada rezeki. Sekarang rasa mcm nak pengsan kan kalau tengok harga rumah yang dibangunkan oleh pemaju. Kata je rumah mampu milik tapi sebenarnya rumah 'mampu tengok' je. So, aku rasa usaha kerajaan negeri selangor adalah satu langkah yang baik untuk memberi peluang kepada kita untuk memiliki kediaman di negeri Selangor terutamanya yang bekerja dan tinggal di Selangor. Kalau tengok harga rumah yang ditawarkan pun bawah RM250 000. Untuk maklumat lanjut dan permohonan online, boleh layari laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Aku baru nak apply, sekali tengok ada syarat 'belum memiliki kediaman di Selangor'.....sobs sobs -------------------- SHAH ALAM - Sebanyak 726 unit Rumah Selangorku di sembilan projek sudah dibuka untuk dibeli oleh orang ramai. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan kehidupan Bandar, D

Permohonan PPA1M telah dibuka - Fasa 2

Image
Entri khas untuk orang yang bekerja dengan gomen/badan berkanun. Tujuan PPA1M Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh lawati laman web PPA1M . Permohonan dibuka sekarang ini adalah untuk Fasa 2. Bagi Fasa 1, undian telah pun dilaksanakan. Tempoh Permohonan adalah dari 12 Februari 2015 – 12 Mac 2015. Cepat-cepat la korang apply, nanti kalau lambat terlupa pulak kan! Syarat permohonan: 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 18-60 tahun 3. Telah disahkan dalam jawatan (tetap) 4. Bekerja/tinggal di Putrajaya (keutamaan) 6. Tidak muflis 7. Keutamaan kepada pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. 8. Pemohon/pasangan tidak pernah memiliki hartanah di Putrajaya 9. Pemohon/pasangan belum memiliki PPA1M di mana-mana Negeri/Putrajaya Kalau korang dah melepasi syarat-

Pureen Stock Clearance 2015 - kembali lagi....

Image
kepada yang menunggu warehouse sale ni... jangan lupa tanda kat kalender korang.... tarikh: 7-8 Mac 2015  lokasi: Summit Company, Glenmarie Industrial Park, Shah Alam hani dah lama tak terjah warehouse sale ni..... kali ni tak tau lagi nak pegi ke tak....klu pegi pun maybe dah petang skit, orang dah kurang. nak beli detergent, pencuci botol, wet tisu.... kain baju takde rasa nak beli pun....sebab tu rasa macam nak pegi belah petang saja. itupun tengok tahap kerajinan en asben nak bawa... maklum la, ada 'handbeg' kiri kanan ni....nak pegi tempat sesak ramai orang ni kena pikir 2-3 kali dulu....xoxo so korang,  yang mana nak memborong......simpan duit dari sekarang ye :-P

Resepi Lasagna Choc

Image
Pertama kali makan choc lasagna ni....perghhh sedappppnyaaa Terus teringin nak buat sendiri... Bila fizi sharekan resepi, balik kerja terus pergi kedai bakeri beli bahan-bahan. Tengok...tengok...semangatttt sungguh !!!! Ni hani copy resepi dari blog rafiziyunos.blogspot.com TQ fizi for sharing.... Kalau korang nak lagi detail, boleh buka blog beliau, siap ada gambar sekali. Lagi mudah..... Macam aku, kalau nak try sesuatu masakan tu...aku memang suka step yang ada gambar. Bila aku yang masak, aku malas lak nak snap gambar setiap step ...hehe...tak sabor nak buat la katakan. Nak cepat jewww... So korang...try la buat...siyes mesti menjadi...memang SEDAPPPP di makan bila sejuk (letak dalam peti sejuk...lagi lama lagi sedap) Adunan A Lapisan Bawah 2 bungkus oreo 5 sudu besar butter (dicairkan) Adunan B Chocolate Coconut Pudding 1/4 cawan tepung jagung 1/2 cawan gula kastor Secubit garam 1 1/2 cawan susu segar 1 1/2 cawan santan kotak 200 gram dark coklat

strata title oh strata title

Image
Apa itu Hakmilik Strata? Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya telah dijual.  Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Townhouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai. Mengapa Perlu Hakmilik Strata? Hakmilik Strata perlu ada – Untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak (pembeli) untuk urusan urusniaga (pindahmilik, gadaian, pajakan dll). Selain daripada itu:- Menjadi rekod /bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan pemilik petak (pembeli); Memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pusaka. sumber: Pejabat Tanah dan Galian Selangor [ link ] So, kepada uols yang membeli rumah seperti yang dikategorikan di atas, bersiap sedialah dengan duit untuk urusan pertukaran hak milik ini. Lagi mahal aset yang dibeli, makin mahal yang dikenakan. Nasib umah yang

1st Giveaway

Image
Assalammualaikum semua, Sempena hari Jumaat yang mulia ni, hani berbesar hati nak buat GIVEAWAY. Memandangkan ni first giveaway, so kita buat cara yang mudah-mudah jeww... Cara: 1. Follow blog ini . 2. Buat satu entry di blog anda dengan meletakkan banner gambar di atas.  Lepas tu tulis apa saja ayat ringkas je. Contoh: 'Jom kawan-kawan.....join giveaway ni'. Linkkan banner tersebut di blog ini . 3. Letakkan tajuk entry anda dengan perkataan : 1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com 3. Bila dah selesai, tinggalkan link enrtry anda di ruangan komen blog ini . MUDAH sangattt kannnn!!!! Tarikh Penyertaan: 6-28 Februari 2015 Hanya seorang pemenang bertuah yang akan dipilih. Insha allah, next time kalau ada rezeki lagi hani akan buat giveaway dan pilih lagi ramaiiiii pemenang ok. Uolss mesti nak tauuuu kan dapat hadiah apa kannnn....!!!! Pemenang akan dipilih secara RANDOM.....dan akan menerima hadiah berupa KINETIC SAND.  Boleh la bagi anak-anak uolls main pas

8 Tips Membaca Buku Dengan Anak-Anak

Image
credit artikel: http://share.sweetmuslimah.com Terjumpa artikel ni...so copy paste dalam blog sebab bila free, bole juga baca kan... #Tip 1: Baca dengan perlahan-lahan Perlahan-lahan disini bukanlah bermaksud suara yang perlahan, tetapi kelajuan yang rendah. Kanak-kanak lebih mudah untuk menangkap setiap patah perkataan dan belajar dengan lebih baik bila dibacakan dengan perlahan.mungkin agak sukar untuk kita membaca dengan perlahan, tetapi ianya memang akan membantu. Jangan lupa untuk menggunakan pelbagai intonasi (seperti, marah, takut, gembira, sedih dan sebagainya) yang sesuai ketika membaca untuk lebih manarik minat mereka. #Tip 2: Bacakan semula buku yang telah anda baca Kanak-kanak suka membuat perkara secara berulang-ulang, begitulah juga dengan membaca buku. Jika anak anda menyuruh anda mengulang buku yang sama sehingga anda muak dan jemu, itu adalah perkara yang baik!. Kanak-kanak akan belajar lebih banyak dari buku tersebut apabila dibacakan berulan

Review: Freemie

Image
  semalam cuti umum thaipusam baru berkesempatan buka kotak freemie ni, basuh dan steriler part. untuk part freemie, pastikan baca dulu user manual sebab bukan semua part dalam freemie boleh di stereliser. ada sesetengah tu hanya perlu handwash sahaja. lepas dah basuh semua part, gigih la aku baca user manual, tengok youtube cara nak pasang part. semangat okehhh.... sampai cakap dekat anak 'jangan kacau mama ye...mama sibuk ni ada keje' aaggagaga   hari ni dengan rasminya telah menggunakan freemie di ofis. aku guna bersama lacte solo yang baru dibeli juga. nak test pakai dengan lacte solo, lepas ni nak pakai dengan medela fs lepas antar servis nanti. pertama kali guna macam kekok juga, ye la freestyle kan....tak yah pegang-pegang walaupun medela freestyle ku itu handfree juga, tapi aku tak pernah buat jadi handfree tauuu... gigih juga pegang hahaha cuma sekarang ni aku baru try guna satu je cup freemie, belum guna kedua-dua belah sekaligus sebab guna