Kembara di bumi Perth - Day 5

ok, hari ke 5..kitaorang plan nak ke Harbour Town.
Harbour Town adalah factory outlet yang menempatkan pelbagai kedai
branded macam Nike, Adidas,
Selain kedai pakaian/peralatan sukan, ada juga kedai perfume, peralatan memasak, kedai handphone.
Nak ke sini senang je, kitaorang naik bas.
Pastikan cari laluan bas kaler kuning.
Kalau dari Criterion Hotel kami kena menapak sikit la tapi tak jauh sangat pun.

Punya semangat nak pergi berjalan, pukul 8 dah keluar
Rupanya kalau hari minggu...bus start pukul 10.00 pagi weeeiii....mak aiii lambatnya.
Nak balik hotel dah malas, nak g jenjalan kawasan sekitar semua belum buka lagi.
Nak tak nak terpacak la kitaorang dekat bus stop tu sampai kul 10.00 pagi.
Tapi yang bestnya kat Perth ni, public transport diaorg ni betul-betul sharp.
Kalau kat information board tu tulis pukul 10.00..pukul 10 la bas tu akan muncul.
Kalau lewat pun seminit dua jerr....
 
Haa...yang paling best, bas kat Perth ni semua FREE....
Sampai aku rasa nak pegi seberang jalan pun rasa nak naik bas KAHKAH
Melampau beb!!!
Sepatutnya kat KL pun kena buat camtu kan...baru orang nak naik public transport.
Kurang jammed.

Pada aku, information diaorang sangat detail.
Maksud aku, di setiap bus stop ada peta perjalanan dan jadual bas.
Memang sangat memudahkan kitaorang sebagai pelancong ni.
Tak perlu nak tanya orang, tengok situ je dah tau bas pukul brape, bas tu ke mana.
Berapa kali bus tu berenti dekat bus stop....
Kalau korang suruh aku naik bas kat KL ni, sumpah aku tak reti weiii....




Dalam bas tu korang nampak tak ada digital signboard tu. [tah betul ke namanya digital signboard, aku belasah je]
Kat situ akan tertulis nombor bus stop yang bas akan berhenti.
Bila dah sampai, kitaorang turun kat pit stop No 17 Harbour Town.
Dalam bas ni pun ada peta laluan, tengok je kat situ korang dah bole tau kat mana nak turun.
Kan aku cakap...mudah kan public transport diaorang ni.

Masa ni pun kedai tak buka lagi...pukul 11 baru start buka.
Giler lambat betul diaorg ni nak meniaga.
Excited la katakan.
Kalau kat Msia ni tak kuasa aku nak bangun pagi semata-mata nak pegi shopping.
Nak hilangkan bosan, kami round je kawasan sekitar sambil snap gambar.


 
pit stop no 17 Harbour Town




kedai semua tak buka lagi...


jangan ingat kat negara omputih takde jual lesung batu weiii....diaorg pun makan sambal belacan taww...huahua

Kami masuk beberapa kedai bila dah buka.
Sebelum buka, dah ramai menunggu di depan kedai.
Eh...ada jualan best ke dalam ni???
Kami pun menyibuk meramaikan lagi orang di depan kedai.
Kami tak beli apa-apa pun kat sini...hihi
Apsal tah, nafsu shopping takde lak....mungkin AUD tak berapa nak banyak dah...

Kemudian kami ke plan nak ke Fremantle lagi sebab nak beli beberapa surveniour yang tak cukup.
Kami naik bas dari Harbour Town, tak ingat turun di mana.
Terus menapak ke Perth Station dan terus ke Freamantle.
Lepas setel beli barang, kami pun naik bas untuk stesen tren semula.
Dalam perjalanan naik bas tu, kami nampak Fremantle Market.
Teringin pula nak masuk dalam tu, terus je kami turun dari bas.
Kata naik bas FREE kan, tak kisah la turun naik banyak kali kan haha.

Fremantle Market ni lebih kurang macam Central Market di KL ni.
Macam-macam barangan yang dijual.
Ada pakaian, alat kraftangan, cenderahati, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Agak sesak juga, ramai betul orang.
Aku teruje tengok sayur dan buah-buahan yang diaorang jual.
Besar dan segar-segar semula.
Kitaorang beli la anggur buat bekalan makan di hotel nanti.
Manis weeiii....harga tak ingat la, tapi aku rasa murah juga.
Lepas tu cuci mata je tengok keadaan sekeliling. 

 Ada show apa tah masa ni




 comel puzzle ni





sayur dan buah-buahan yang segar-segar


Lepas penat jalan di Freamantle Market, kami pun bergerak semula ke stesen tren.
Masa sampai di stesen Perth, hari pun dah hampir gelap, perut pun dah lapar.
Kami singgah makan kebab, tak jauh pun dari hotel.
Harga dari AUD 9.50 hingga AUD14 bergantung pada menu.
Sekali lagi....jangan convert RM. Anggap je RM9.50 hahaha.....
Bila perut dah kenyang....terus balik hotel sebab nak kemas semua beg.
Kami akan check out pada pukul 3.00 pagi kerana flight kami pada pukul
Kami juga minta pihak hotel untuk tempahkan teksi untuk kami. Senang kan.
Dan kami juga minta pihak hotel untuk buat wake up call....huhu...
Risau terbabas weeiii....masing-masing dah penat kan.




Related Post::

Kembara di bumi Perth - Day 1
Kembara di bumi Perth - Day 2
Kembara di bumi Perth - Day 3
Kembara di bumi Perth - Day 4
Itenary ke Perth

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu