Posts

Showing posts from April, 2016

cuti-cuti langkawi:: kali pertama Awliya & Adra naik flight

Image
alhamdulillah tercapai juga hasrat nak bawa anak-anak bercuti.. tujuan asal sebenarnya saje nak bawa anak2 naik flight... kakak awliya pernah beberapa kali cakap 'mama....kakak nak naik kapal terbang' setiap kali ikut si ayah antar aku pegi airport masa aku kerap berulang alik ke vietnam. hhmmm kesian pulak bila dengar camtu... hati mak-mak ni kan tersentuh kalau anak minta apa2 kannn.... aku beli tiket AA ni dah lama.....dari tahun lepas lagi.. biasalah nak murah an...kena la tunggu lama sikit.. memandangkan ini kali pertama aku bawa anak-anak naik flight, so aku cadang nak pegi destinasi yang dekat je dulu... sebab tu pilih Langkawi je... walaupun ni kali ke 4 aku ke Langkawi, tapi tetap teruja nak ke sana lagi... aku beli tiket AA ni masa promotion, dapat harga RM112 (return) 4 orang termasuk lugage 20 kg semasa balik.. murah sangatttt kannn...naik bas pun tak dapat murah macam ni hihi... alhamdulillah rezeki anak-anak... aku cadang nak n

pengalaman pertama kali naik UBER

Image
aku pun baru je tahu pasal UBER ni... itupun adik aku yang bercerita....then pernah la dengar dekat berita sejak ada isu pemandu teksi mogok disebabkan perkhidmatan UBER ni... tapi aku tak ambil peduli pun...malas nak ambil tahu hehehe... sampaila aku plan nak pergi bercuti ke Langkawi baru-baru ni... masa ni pergi dengan asben dan anak-anak.. then barulah terpikir nak gunakan UBER ni nak ke klia nanti.. masa ni barulah sibuk mentelaah macam mana nak gunakan perkhidmatan UBER ni... bila dah dapat info sedikit, aku pun mulalah download application UBER ni... masa aku google, aku jumpa satu blog pemandu uber yang bagi voucher CODE dan dapat rebate RM60 untuk kali pertama gunakan perkhidmatan UBER ni... so better gunakan sepenuhnya untuk perjalanan jauh sedikit.. kalau takat pegi taman sebelah je, membazir je ko gunakan voucher ni sebab kalau tak sampai RM60 penggunaannya, ko bukan boleh dapat baki pun.. tapi kalau terlebih ko kena la top up lebihan tu kan..

kisah sekolah:: perkembangan 3 bulan di Little Caliph

Image
3 bulan sudah kakak awliya bersekolah di Little Caliph... hujung bulan Mac diadakan sesi perjumpaan antara ibubapa dan teacher... inilah peluang nak tahu perkembangan anak kita di sekolah.. nak tanya macam-macam dekat teacher kelas dia... kalau hari biasa tu kadang-kadang agak terbatas.... nak kena balik rumah awal kan.... dapat tanya gitu-gitu je la kan... bila kami jumpa teacher eyna [guru kelas awliya] so far dia kata awliya tidak bermasalah... cepat pickup kalau diajar kerja art dia kemas... saya tengok dia suka buku... suka sesi bercerita... kalau teacher kata sape nak dengar cerita...dia dulu akan jawab 'nakkkkk..........' 'kalau dia takde dalam kelas.....sunyi la kelas' hahaha....anakku itu memang tak duduk diam kannn... teacher minta awliya membaca depan kami.... yesss...dia baca dengan lancar... serius..aku pun terkejut..kagum...happy... selama ni aku tak tahu pun dia dah pandai membaca... kalau di LC memang teacher t