Posts

Showing posts from May, 2016

cuti-cuti Langkawi::jalan-jalan cari makan

Image
ok kali ni share tempat kami mengisi perut sepanjang berada di Langkawi. sebenarnya banyak tempat makan yang aku dah list down untuk pergi terjah... itupun berdasarkan carian google.... tapi tak dapat nak pergi semua la... takpe...takpe..next time bole try lagi kan.... EE Burger & Trimula Cafe Malam  kami sampai, lepas check in hotel bahagia, kami try makan di sini...tak jauh pun dari hotel...masa ni dah pukul 11 malam gak...orang tak ramai sangat, so order dapat sangat cepat...kedai ni tutup pukul 12.00 malam.. kasi zoom skit..... spageti cabonara nampak menarik....bila rasa memang sedappppp....abis anak aku makan... maknanya memang sedap la...anak aku ni jenis susah nak makan tapi kalau makanan tu menepati tekak diaorang, memang akan abis... burger daging special untuk aku...siap ada kentang goreng...rasa ok la, biasa je....tapi abis juga aku makan.... char keau tiau untuk asben....nampak je simple macam tu tapi sedapppp weeiiii..... kat

cuti-cuti Langkawi::kereta sewa murah di Langkawi

Image
Dah sampai Langkawi, perkara pertama yang pikir mestilah nak kereta sewa kan.  aku booked sebulan awal dekat Shamsibah (terkenal di kalangan blogger dan ramai yang rekemen). Ni kali kedua hani sewa kereta dengan dia. Bujet kereta pun bawah RM100 je. Aku booked kereta Nissan Almera dengan harga RM70 (24jam). . Untuk 4 hari 3 malam (72 jam), kadar yang dikenakan adalah RM210 tapi hani minta RM200 . Senang nak kira kan :-). Masa ni bukan peak hour, kereta still boleh dapat harga yang murah dan masih bole nego. Masa aku booked, Shamsibah minta deposit sebanyak RM50 di bank in ke akaun company dia. Nanti masa ambil kereta kita diminta bayar hrga sewa yang telah dipersetujui dan deposit RM50 tu akan dipulangkan semasa kita kembalikan kereta tu nanti. (jika kereta dipulangkan dalam keadaan baik) 2 hari sebelum bertolak, Shamsibah minta aku w/apps dia untuk confirmkan sekali lagi... cuma silapnya sepatutnya sebelum aku naik flight, aku whatapps sekali lagi untuk ingatkan di

cuti-cuti langkawi:: penginapan

Image
HOTEL BAHAGIA credt pic: Agoda Untuk malam pertama hari yang kami sampai, kami menginap di  Hotel Bahagia . Hotel ni bangunan lot kedai je...pilih hotel yang murah sebab sampai pun dah malam kan. masa check in pun dah dekat pukul 9.30 malam.. Memang untuk tidur semalaman je. aku booked bilik standard , harga bilik masa ni   RM90.07  (inc tax) bersekali breakfeast untuk 2 orang...booking melalui agoda.. kalau nak murah better booking dengan agoda sebab masa aku sampai sana aku tengok rate bilik kalau walk in dalam RM 90++ belum tambah tax lagi.. bilik standard ni agak kecil sedikit... nak solat pun ada sikit je ruang...kalau badan jenis big size sikit kena la solat atas katil... keadaan toilet bersih dan besar juga.. tekanan air pun kuat...anak2 aku suka mandi shower sebab best besar.. pada aku kalau nak menginap di sini bersama anak-anak, better ambil bilik besar sikit. macam aku sebab menginap sekejap je, tu yang ambil bilik paling murah, tak kisah la sempit sik

For Sale: Kids Sport Shoes - harga terlajak MURAH!!!

Image
Assalammualaikum semua... Ready stok kasut sport untuk anak-anak. Harga terlajak murahhh tauuu....!!! Bole buat jalan2, pergi sekolah, bersukan...nak buat kasut raya pun bole kan... Harga : RM 25 sepasang. Postage tambah RM6 Details size ada pada setiap gambar.  Whatapps 018-3124415 untuk pertanyaan.