Posts

Showing posts from January, 2016

kisah sekolah::label nama pada baju sekolah

Image
disebabkan awliya telah kehilangan baju sekolah sebanyak 2 pasang dan  tudung 3 pasang, tuala 1 pasang, jadi aku pun tempahlah label nama untuk dilekatkan pada semua baju sekolah awliya.. ada juga yang aku dah tulis nama guna marker tapi tulis belah dalam la... kali ni nak kasi cikgu lagi nampak, tu yang aku nak tampal juga nama kat belah luar... lepas ni kalau hilangggg juga, tak tau la nak kata camne dah... mau gak aku ngamukkkk huhu.... nak beli baju sekolah yang lain bukan murahhhh weiii.. sepasang baju dan seluar RM60...tudung saje  RM20.. RM70 tu kos dia.... memang rasa ralatttt la kan kalau asik hilang je... bangkrap mak nak oiii.... banyak juga aku survey online untuk budak label nama ni.. kebanyakkan yang aku jumpa harga sekitar RM1.50 - RM2.50 lepas tu kena order banyak lak tu...50 pcs ke atas baru dapat harga RM1.50.. kalau bawah dari tu...harga RM2.50 sekeping...mahal laaaa [pada aku laaa] pastu nak order banyak lak, nak tampal kat mana lagi...

kisah sekolah::perkembangan 3 minggu persekolahan di Little Caliph

Minggu ni dah masuk minggu ke 3 persekolahan... so far perkembangan awliya agak memberansangkan... baru-baru ni aku dengar dia berzikir sambil menyanyi... kemudian masa nak makan dia boleh pulak baca Al-Fatihah dengan lancar.. lupa lak baca doa makan... sebelum ni lancar je baca doa makan yang aku dah ajar..... ooo dia dah hafal Al-Fatihah rupanya, mesti di sekolah hari-hari baca kan... sebelum ni aku pernah juga ajar Al-Fatihah tu, tapi tak mau lak dia ikut hihi... ada juga aku dengar dia nyanyi lagu-lagu berunsurkan islamik.."1 sayang Allah, 2 sayang Rasullullah, 3 sayang momy daddy"..hahaha camtu lah lebih kurang  alhamdulillah, nampak perkembangan yang positif bila masuk sekolah Little Caliph ni... cuma yang aku tak berapa puas ati dengan pengurusan budak-budak yang daycare  setakat 3 minggu ni....dah 2 pasang baju dan 2 helai tudung dan sehelai tuala awliya dah hilang.... tak dapat dikesan... hmmm kadang pelik gak kan... kalau cikgu dah tersi

::setelah 6 bulan jadi pendatang tanpa izin =)

Image
hampir 6 bulan juga aku takde kad pengenalan hehehe... dah rupa macam pendatang asing pulakkk sebenarnya aku tak pasti ic aku tercicir di mana... last ada masa aku renew lesen memandu di pejabat pos keesokkannya bila aku perasan ic aku dah takde, aku try call pejebat pos tu bertanyakan jika ada ic aku tertinggal di sana.. staff pejabat pos tu maklumkan pada aku memang ada ic yang tertinggal tapi ic lelaki... huhu maknanya takde la ic aku kan... blurrr...tak tahu nak cari kat mana sebelum aku decide buat ic baru....aku nak try cari la dulu kononnya..=) tu yang makan masa sampai 6 bulan hahaha bila akhirnya tak jumpa juga, aku redha je la bayar denda sebab banyak urusan tergendala sebab takde IC kan.. dah pegang ic selama 22 tahun, ni la kali pertama aku hilangkan ic....=( last week kebetulan aku cuti masa hari pertama sesi persekolahan 2016 dibuka, sebelah petang aku ajak asben ke UTC Pudu Sentral untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara. masa tu sampai dalam pukul 1.30 pet

kali pertama cashout akaun Nuffnang

Image
saya ni tak lah aktif sangat berblog ada masa, ada mood, ada cerita....barulah terkial-kial nak update hehe... kalau orang yang aktif, hari-hari update blog kan.. kadang-kadang sehari sampai 3-4 kali update ikutkan blog saya ni dari tahun 2010...dah 5 tahun juga laaa... tapi masa mula-mula berjinak dengan dunia blogger, tak tahu pun pasal akaun nuffnang ni.. sebab tu tak daftar pun awal dulu.. asalnya tulis blog sekadar suka-suka, konon macam diari la kan... bila start dah kawin dan ada anak, aktif la skit menulis.. banyak cerita tentang anak la kan, nak dijadikan kenangan.. sampai sekarang ni kalau ada masa, saya suka throwback cerita dan tengok gambar anak-anak saya masa mereka kecil... rinduuuu....dah besar pun diaorang sekarang. bila semakin suka berblogging, terpikir macam mana lah orang kata boleh buat duit dengan gunakan blog.. ooohh salah satunya daftarlah dengan akaun nuffnang. start tu, mula study pasal nuffnang ni. barulah daftar, barulah paham sikit-sikit.

1st day sesi persekolahan 2016

Image
Seminggu sudah sesi persekolahan 2016 bermula. Alhamdulillah, hari pertama hantar kakak awliya ke sekolah, aku dan asben tak tunggu pun. Lagipun masa hari pertama persekolahan tu, kami baru sampai dari Ipoh pukul 8.00 pagi. Kelam kabut siapkan kakak awliya, 8.45 pagi baru sampai sekolah. Nasib baik hari pertama, takpe lah datang lambat sikit kan.  Hari pertama awliya tak pakai uniform lagi sebab belum ambil lagi. Bila tengok bebudak lain kebanyakkan dah pakai uniform. Mesti diaorg dah amik awal-awal. Kemudian baru teacher suruh aku amik uniform awliya. Aku antara orang yang lambat la kot amik uniform ni hehe... 2 pasang baju 1 pasang pakaian sukan 2 helai tudung Beg Aku tengok ramai juga parents dalam kelas bersama anak masing-masing.  Kesian juga dekat kakak awliya sebab aku tak tunggu dia. Tapi dia macam ok je, happy je dengan teacher. Lagipun dia kan dah pergi orientasi sekolah hari tu selama 3 hari, dah kenal teacher dan kawan-kawan. Bila aku kata pada ka