Jalan-jalan di Bukit Tinggi

dah lama tak jejak kaki ke sini....
sebelum ni dah 2x aku ke sini...kali pertama dengan abang dan adik-adik aku...
kali kedua masa ada meetig dekat sini pada tahun 2010...
5 tahun yang lepas....

kebetulan mak, adik dan anak buah aku datang ke rumah masa cuti panjang thaipusam...eh tak la cuti panjang sangat, 3 hari je pun...
so bosan la kannnn kalau dok umah je cuti 3 hari...
tak tau nak plan ke mana...
cadang nak bawa anak2 jalan dekat2 je...
terus cadangkan dekat asben Bukit Tinggi...
lagipun dia tak pernah sampai ke sana lagi...

dalam pukul 11 pagi kami gerak dari rumah..
singgah makan lunch dulu..
jalan pun clear je, tak jem pun...

sampai sana dalam pukul 1.30 petang..
bayaran masuk sorang RM 13 untuk dewasa..
untuk kanak-kanak2 tak pasti lak berapa sebab anak2 aku ngan anak buah tak kena bayaran pun..
tak silap aku 2 tahun ke atas kena bayar tapi diaoran macam tak kisah sangat budak
mungkin nampak anak kitaorang macam kecik lagi kan..

kami terus menuju ke Japanese Village....
masa ni cuaca agak panas juga la...nasib angin masih sejuk...atas bukit la katakan...
aku tengok Japanese Village ni samaaaa je macam duluuuu..
takde perubahan atau penambahbaikan apa2 pun...
tapi tak dapat dinafikan suasana kat sini memang nyaman dan cantik...


'eh....camne nak buat tangan macam mama dan ayah ni' - awliya n adra










anak-anak kesayangan kami

lepas puas bergambar, kami ke Colmar Tropicale. Jalan-jalan sambil bergambar. Lepas tu tengok angsa dekat kolam. Suka betul anak-anak aku nengok angsa ni. Ada 3 ekor je pun...
Tak lama pun kami kat sini, nak bergambar banyak2 pun bukan senang nak dapat kerjasama dari anak2 ni...huhu....tak dok diam kan..kami terus ke Animal Farm. Kompem anak2 mesti sukaaaa.....


anak dara ni memang berani sikit









Animal Farm ni luar dari kawasan Colmar, sebab tu jadi destinasi kami yang terakhir. Senang on the way nak balik, singgah terus sini. Bayaran masuk ke Animal Farm ni RM4/seorang tak kira dewasa atau kanak-kanak, sama je harga.
Tempat ni ditutup pada pukul 7.00 malam.
Make sure datang la awal sikit sebab memang lama abiskan masa dekat sini.
elok je kami sampai, hujan turun dengan lebatnya....
rabbit yang berkeliaran tu masuk ke kawasan berbumbung, pengunjung still bole main dengan rabbit 
dekat kawasan berbumbung tu.
Farm ni tak kecik je kawasannya, tapi biasalah anak-anakku itu pencinta binatang kan...lama la skit nak bermesra dengan rabbit ni semua.
Seronok kakak awliya dan adeya main kejar-kejar dengan rabbit.
sampai rabbit pun lariiiii bila nampak diaorang ni hahaha
ye la asik kena tercekik je bila si adeya ni pegang kan...
bersungguh-sungguh pegang tu.

rabbit dengan muka redhanya








selain rabbit, ada juga donkey dan rusa. donkey tu nampak ada sekor je pun. kalau nak naik donkey kena bayar (tak ingat berapa).
dalam farm ada juga playground...dah puas main dengan rabbit, diaorang sambung main buaian pulakkk...
lama juga kami abiskan masa dekat sini, sampai dah nak tutup..
si adra siap nangis mengamuk kata tak nak balikkkk.....nak main lagi..adoiiii







Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu